Thursday, 29 March 2012

Liyana Khalidah

Assalamualaikum,, hari nie sharina nak cerite pasal kawan sharine nie.. Liyana nama die,, die nie agak pendiam sikit,, tapi kalau dah kenal die nie riuh jugak sebenarnye,, =D.. liyana nie diibaratkan macam kaunter pertanyaan,, yelarh mane taknye semua drama korea yang baru keluar sume die dah download,, die banyak admirer kat sekolah..liyana saya sayang awak!!

Thursday, 15 March 2012

izaty ridhuan

assalamualaikum,,,
hari ini sharina nak cerite pulak pasal kawan sharina nie,, name die izzaty ridhuan,, die cantik tapi tegas sikit lepas tu sharina suke kawan dengan die sebab die best larh,, lagi satu tulisan izaty nie cantik sangat.. saya suka.. izaty nie tinggi jugak larh lebih kurang sharina je,, btw saya sayang awak izaty!!!

Sunday, 11 March 2012

izati azmi

Hye korang,,, ok hari nie sharina nak post tentang sorang lagi kawan sharina name die izzati azmi tapi kiteorang panggil die baby jemy...kadang2 kiteorang panggil dia jemy je. tahun nie sharina duduk sebelah die sbb aini nak duduk dengan izzati ridhuan,, perangai baby jemy nie selalu gelabah.. tp die mmg sporting!! tapi kalau die merajuk susah snagt nak pujuk,, tapi die mmg best larh.. so sharina hrp yg sharina ngan die akan jadi friend smpai bile2... baby jemy saya sayang awak!!

Thursday, 1 March 2012

Sahabat Selamanya

assalamualaikum..
 hari ini saya ingin menceritakan tentang seorang kawan yang paling saya sayang iaitu NOOR AINI SYAFIQAH.. aini selau menggembirakan hati saya ketika saya sedih,, kami diibaratkan seperti adik beradik kerana faktor fizikal kami hampir sama.. dia diibaratkan sebaai seorang kakak sementara saya sebagai seorang adik.. walaupon saya mempunyai ramai kawan tapi Aini lah yang paling saya sayang..saya harap kami akan kekal sebagai kawan sampai besar nanti.

Saturday, 14 January 2012

BLOG YANG SELALU AKU LAWATI

Setiap blogger akan mempunyai blog pilihan yang akan mereka baca setiap hari. Tidak kisah samada ianya adalah blog antarabangsa mahupun blog tempatan, mereka akan membaca artikel-artikel yang diterbitkan sebagai juadah bacaan harian mereka.
Saya juga mempunyai beberapa buah blog yang saya baca dan ikuti setiap hari. Ada di antaranya merupakan blog bersifat peribadi, teknologi dan ada juga blog yang menyentuh isu-isu semasa serta politik.
Di sini, saya kongsikan bersama anda blog-blog tempatan menarik yang menjadi pilihan saya:
  • Tentang Cinta – Oh…sudah pasti jika anda adalah seorang yang jiwang, atau sedang dilamun cinta, anda akan mengikuti blog ini. Blog yang fokus kepada artikel-artikel dan tips-tips cinta ini diwujudkan oleh pasangan yang menggelarkan nama mereka sebagai Mr & Mrs Teddy. Sebuah forum yang dikenali sebagai Forum Tentang Cinta turut diwujudkan bagi memudahkan pembaca untuk bertanyakan masalah dan membantu pembaca lain yang memerlukan pertolongan dalam percintaan.
  • Che Det – Siapa yang tidak kenal blog ini. Blog mantan Perdana Menteri Malaysia kita yang ke-4, Tun Dr Mahathir Mohamad. Saya suka membaca blog beliau kerana apa yang beliau tuliskan di blognya mempunya fakta-fakta yang menyokong pendapat beliau sendiri. Bermaksud, beliau bukan hanya bercakap kosong. Isu masalah dunia yang dikupaskan oleh beliau sedikit sebanyak membuka mata kita tentang apa yang berlaku pada dunia kita sekarang ini.
  • Hanis Zalikha – Ada siapa-siapa di sini yang kenal Hanis Zalikha? Beliau merupakan seorang model yang juga seorang blogger di Ini Belog Saya. Yang menarik mengenai blog beliau adalah gaya penulisan yang sangat-sangat sempoi dan menarik untuk dibaca. Walaupun gaya penulisannya tidaklah formal, tetapi cerita yang disampaikan dalam setiap artikel yang ditulis akan membuatkan pembaca untuk membaca dan terus membaca. Oh ya, mungkin juga kerana saya tertarik dengan beliau sendiri… ^_^
  • Hidup Biar Sedap – Sebuah blog yang ditulis oleh seorang ibu yang bernama Kak Jie atau lebih mesra dikenali sebagai Kujie. Blog ini lebih fokus kepada pendapat peribadi beliau dalam dunia blog disamping menyentuh isu-isu semasa yang berlaku di dalam tanah air. Beliau juga merupakan orang yang disegani dalam GengBlogger.
  • Amanz Network – Blog teknologi yang dikendalikan oleh saudara Aman. Aman merupakan rakan blogger yang saya kenal (tetapi tidak pernah jumpa) semasa WeblogsCenter wujud di sekitar tahun 2005-2006 yang lalu. Blog beliau lebih memfokuskan kepada komputer, gadget, teknologi dan dunia Internet.
  • Oh Tidak! – Blog yang sangat-sangat santai dan mempunyai gambar-gambar yang menarik dan juga “panas”. Isu yang diketengahkan adalah unik kerana belum pernah lagi saya melihat blog tempatan yang bertemakan seperti blog Oh Tidak! ini. Cuma satu sahaja yang saya tidak suka adalah, iklan di blog tersebut yang terlampau banyak dan serabut.
Itulah di antara blog-blog tempatan yang saya baca dan ikuti setiap hari. Sebenarnya, ada banyak lagi. Lebih kurang 150 blog tempatan (yang ditulis dalam bahasa Melayu) yang saya baca, sepertiTopotatoInfoMalayaBlog Aku dan lain-lain lagi. Tetapi inilah di antaranya yang saya rasakan menarik dan ingin berkongsi dalam entri untuk tahun baru ini.
Anda pula bagaimana? Blog apakah yang anda baca setiap hari?